Tips Yang Perlu Dielak Ketika Membeli Baju Perkahwinan

Tips Yang Perlu Dielak Ketika Membeli Baju Perkahwinan

Proses untuk membeli baju perkahwinan seharusnya menjadi memori yang indah untuk bakal pengantin tetapi disebabkan beberapa perkara ia membolehkan proses itu menjadi sukar dan menyebabkan tekanan kepada bakal pengantin. Apabila anda merancang untuk keluar mencari busana pengantin, anda perlu ketahui tips untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku supaya ia menjadi pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.

 

Jangan membawa terlalu ramai orang

Terlalu ramai orang yang dibawa akan menjadi terlalu banyak pendapat yang membolehkan anda keliru dan juga membolehkan keseluruhan proses untuk mencari baju perkahwinan jauh lebih sukar daripada sepatutnya. Contohnya, ibu anda berpendapat “baju itu tidak kelihatan baik untuk anda” dan rakan baik anda pula berpendapat sebaliknya, jadi ia boleh menjadi anda sukar untuk menentukan pendapat yang perlu anda dengar. Maka, anda dinasihati tidak membawa bersama rombongan yang ramai, anda perlu membuat pilihan sama ada ingin membawa satu atau dua rakan terdekat anda atau ahli keluarga. Kebiasaanya, ibu adalah pilihan yang tebaik daripada beberapa kawan anda. Tetapi jika anda rasa kawan anda pilihan yang terbaik pastikan mereka tahu tentang diri anda. Selain itu, pastikan anda berbincang dengan mereka pakaian yang anda bayangkan sebelum anda pergi ke temujanji untuk memastikan mereka berada dalam skop yang sama seperti anda kerana sekurang-kurangnya mereka boleh menyokong pandangan dan pilihan anda.

 

Jangan tertutup minda

Jika anda tidak pernah cuba pada pakaian perkahwinan jadi anda mungkin tidak tahu pakaian apa yang akan kelihatan terbaik kepada anda. Kebiasaanya, baju perkahwinan adalah berbeza dengan baju kebiasaan anda, maka anda mungkin tidak tahu jenis yang terbaik untuk kecantikkan bentuk badan khusus anda. Maka, anda dinasihati untuk membuka minda anda semasa mencuba pada pakaian. Anda dinasihati untuk mencuba setiap jenis pakaian untuk permulaan. Jika anda sudah mengetahui jenis yang terbaik untuk diri anda, jadi anda boleh memilih pakaian yang anda rasa cantik dan yakin dalam pakaian perkahwinan anda.

 

Jangan abaikan pendapat

Perunding pengantin anda mungkin perunding pengantin yang telah bekerja dengan banyak pengantin sebelum ini dan kemungkinan besar mereka tahu apa yang mereka cakapkan. Maka, cuba anda sekurang-kurangnya terbuka kepada cadangan yang mereka berikan tentang pakaian. Ingat, perunding pengantin kebiasaanya biasa dengan semua jenis bentuk badan dan saiz, dan gaya baju pengantin. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda perlu membiarkan mereka memilih pakaian impian anda, tetapi sekurang-kurangnya bersikap terbuka kepada candangan mereka.

 

Jangan tergesa-gesa

Jangan tergesa-gesa untuk memilih pakaian pengantin anda. Ia akan menjadi masalah yang besar kerana anda menghadkan masa yang perlu untuk mencari dan mencuba pakaian. Jika boleh, anda perlu meluangkan masa sehari berbakti untuk membeli-belah baju pengantin. Jadikan proses untuk membeli baju pengantin sebagai proses yang menyeronokkan.

 

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: from google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s