Panduan Untuk Memilih Kasut Perkahwinan Anda

 

Panduan Untuk Memilih Kasut Perkahwinan Anda

Kita gemar memakai kasut yang flats, tumit, atau sandal. Jadi, agak jarang kita jumpa kasut yang kita tidak suka. Tetapi itu tidak bermakna memilih kasut perkahwinan anda adalah satu tugas yang mudah kerana kita perlu tahu konsep yang sesuai untuk perkahwinan kita. Maka, kami kongsikan tip-tip utama untuk mencari kasut yang sesuai untuk bakal pengantin.

 

Jangan beli saat-saat akhir

Beberapa kasut ‘handmade’ mungkin perlukan banyak masa untuk menyiapkannya, maka anda perlu manghantar lebih awal kepada pakar kasut. Ini bermakna anda akan mendapat kasut lebih awal dan dapat menjimatkan banyak penderitaan untuk menunggu kasut impian anda. Selain itu, kasut juga sangat penting untuk anda suai padankan kepada pakaian perkahwinan anda.

 

Melengkapkan gaya anda

Bakal pengantin kebiasaanya meletakkan banyak usaha untuk mencari pakaian yang sesuai atau paling cantik untuk perkahwinannya, selain itu ia kemungkinan besar membawa maksud, pakaian anda mewakili perasaan dan gaya anda. Maka, lihatlah tema pakaian yang anda rasa paling menarik. Adakah tema unsur elegan atau klasik, jika anda memilih tema unsur klasik maka pilihlah unsur-unsur yang sama dalam kasut perkahwinan anda untuk melengkapkan pakaian anda dan gaya anda.

 

Pilih yang selesa

Anda boleh selesa tanpa mengorbankan gaya anda. Apabila anda memilih kasut anda, anda perlulah mencari padding yang tebal untuk menghilangkan kebas, atau memilih kasut dari buatan bahan-bahan semula jadi yang membolehkan ‘breathability’.

 

Nilai sentimental VS Nilai praktikal

Ini adalah penting untuk anda memutuskan jika anda sedang mencari kasut untuk nilai yang sentimental atau praktikal. Jika anda mahu sesuatu yang nilai sentimental, anda perlu memberi tumpuan carian anda pada kasut pengantin yang boleh disimpan lama sebagai diturunkan untuk pusaka. Jika anda adalah seorang yang suka kepada nilai praktikal, anda perlulah melabur kasut yang boleh dipakai gaya harian anda supaya anda boleh memakainya lagi selepas hari perkahwinan.

 

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s