Panduan Bunga Kahwin Anda Segar Lama

Panduan Membuat Bunga Kahwin Anda Segar Lama

Banyak pengantin mungkin tertanya-tanya mengapa bunga kahwin mereka cepat layu hanya untuk sehari sahaja. Terdapat banyak punca mengapa ia terjadi, maka anda boleh pelajari bagaimana untuk membuat bunga anda segar sentiasa.

Pelbagai jenis bunga boleh segar seminggu atau lebih dengan mempunyai penjagaan yang betul. Kebanyakkan bunga yang memerlukan suhu rendah seperti 5 darjah celsius dan tidak perlukan cahaya matahari, apabila memotong, ia perlulah dibalut ke dalam kertas basah atau semburan air. Anda juga boleh menambah pengawet bunga atau “makanan bunga”, anda boleh dapati ia dari kedai bunga, kedai-kedai bekalan berkebun atau pasar raya. Selain itu, pastikan tidak membiarkan penyembur rambut atau minyak wangi berhampiran dengan bunga perkahwinan anda, tinggalkan bunga anda di dalam bilik yang sejuk atau bilik lain jika ada. Panduan dibawah adalah panduan specifik kepada jenis bunga.

 

Bunga Matthiola

Anda perlulah memelihara bunga ini pada 8-10 darjah celsius dan berikanlah ia “makanan bunga” untuk memastikan bunga itu segar untuk dua kali lebih lama. Bunga jenis Matthiola lebih suka pasu yang bersih dan berair, jadi untuk penjagaan yang terbaik, anda perlu membersihkan pasu setiap hari.

 

Bunga Rose

Anda perlulah memelihara bunga ini pada 5 darjah celsius, anda perlulah meletakkan bunga ini pada mulanya ke dalam air yang sedalam mungkin tetapi tunas perlulah tinggal diatas air, sekurang-kurangnya tiga jam. Suhu air perlu kira-kira 20 darjah celsius. Semua duri perlu dibuang.

 

Bunga Peonies

Anda perlulah memelihara bunga ini pada 5 darjah celsius. Jika bunga anda mempunyai putik dan anda ingin membuka ia, anda bolehlah meletakkan ia ke dalam air panas, dan pada masa yang singkat ia akan berkembang di depan mata anda.

 

Bunga Orkid

Anda perlulah memelihara bunga ini pada 8-10 darjah celsius. Anda perlu berhati-hati dengan titisan air yang tinggal pada bunga kerana air itu boleh merosakkan bunga-bunga. Air bersih adalah cara terbaik untuk menjaga bunga orkid segar.

 

Bunga Tulip

Bunga Tulip adalah bunga yang suka dengan air yang sejuk, walaupon dengan ais. Jika anda ingin perbaiki batang tulip, anda perlu meletakkan bunga itu dengan kertas dan meninggalkan di dalam air selama beberapa jam.

 

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s