Panduan Memilih Pakaian Bridesmaid

Panduan Memilih Pakaian Bridesmaid

Satu trend yang bermula di kalangan pangantin selebriti sudah menjadi trend kepada bakal-bakal pengantin. Jenama pakaian yang berpatutan, membolehkan ramai pengantin mengikuti trend tanpa bantuan stylist profesional. Bridesmaid bukan sahaja boleh menambah sedikit gaya dalam perkahwinan, tetapi dengan memilih pakaian yang berbeza juga dapat mewarna majlis perkahwinan anda. Tetapi mix and match pakaian bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan. Anda bukan sahaja perlu membuat pilihan warna, dan fabrik, tetapi anda perlu sebulat suara dari bridesmaid anda. Maka, kami kongsikan panduan mix and match pakaian bridesmaid anda.

Tiada warna yang ketara

Tiada warna yang ketara beza dalam kalangan bridesmaid. Melainkan anda memilih warna putih atau hitam. Kemungkinan jika anda meminta lima pakaian hijau, mungkin ada salah sorang dalam kalangan mereka yang menonjol sebagai warna yang salah, ini kerana warna mempunyai pelbagai warnanya yang tersendiri. Banyak jenama yang menawarkan banyak gaya dalam warna yang sama, jadi anda dan bridesmaid boleh memilihnya.

Mempunyai contoh

Anda mungkin akan membiarkan bridesmaid anda bebas untuk membuat keputusan, tetapi bridesmaid anda akan hargai jika anda memberi beberapa arahan. Maka anda perlulah membuat plan warna dan tekstur yang anda suka, dan menunjukkan kepada mereka seluruh inspirasi perkahwinan anda, supaya mereka mempunyai idea tentang rupa yang anda inginkan.

Mempunyai komunikasi

Memilih pakaian bridesmaid benar-benar akan cantik jika bridesmaid anda bersedia untuk membeli-belah bersama. Tetapi katakanlah anda mempunyai enam bridesmaid yang tinggal jauh dari anda dan anda meminta mereka mendapatkan pakaian yang sama warna seperti merah, hijau muda atau biru muda. Maka, untuk menjadikan ia sama dan mudah, anda hanya pastikan mereka berhubung antara satu sama lain.

Peraturan warna

Bukan senang anda untuk mix and match baju bridesmaid, ini kerana hanya warna tertentu sahaja yang cantik bila bergabung. Jadi anda perlulah mencari artikel mengenai kaedah-kaedah untuk mengabungkan warna, anda boleh mencarinya di artikel Tips Gabungan Warna Perkahwinan. Untuk mengabungkan warna, anda dinasihatkan mengabungkan maksimum tiga warna.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s