Memilih Fabrik Sempurna

Memilih Fabric Sempurna

Apabila anda merancang untuk memilih baju pengantin, tiada apa yang lebih penting daripada jenis kain. Kain yang dibuat untuk pakaian perkahwinan akan menentukan bagaimana pakaian terletak atau terbentuk di atas badan, sama ada ia berkesan untuk memudahkan pergerakan pengantin atau tidak. Maka, ia adalah penting untuk anda memahami perbezaan utama jenis kain sebelum membuat pembelian.

 

Kain Sutera

purple satin

Kain sutera adalah kain yang jenis berkilat. Ia digunakan dalam banyak untuk membuat baju pengantin. Banyak kain sutera adalah kain yang agak berat dan cantik bila ia jatuh. Tetapi kain sutera juga mempunyai jenis ringan, kain jenis ini sangat sesuai dengan cuaca yang panas. Kain sutera yang nipis tidak sesuai dipakai oleh pengantin yang bersaiz besar kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda.

 

Kain Chiffon

Kain Chiffon

Kain chiffon adalah sejenis kain sutera walaupun ia didapati dalam jenis sintetik. Kain chiffon juga sejenis kain yang jarang. Chiffon adalah terbaik digunakan pada musim atau cuaca yang panas. Ia sering digunakan ke atas lapisan kain lycra atau satin. Maka, ia sesuai kepada wanita yang bersaiz besar.

 

Kain Lace

Kain Lace

Kain lace mungkin kita akan dapati didalam perkahwinan klasik. Kain ini cenderung untuk memperagakan kecantikkan badan kebanyakkan wanita kerana ia mampu menutup kawasan yang bermasalah dengan cekap dan menarik.

 

Kain Poliester

Kain poliester

Kebanyakkan pengantin sudah biasa menggunakan kain jenis poliester, kerana kain ini adalah sejenis kain sintetik yang sering dihasilkan dengan kilauan yang tinggi. Walaupun pakaian pengantin yang menggunakan kain poliester adalah selesa, tetapi kain ini jenis yang tidak bernafas dengan baik dan tidak sesuai dipakai ketika musim atau cuaca yang panas.

 

Kain Organza

Kain organza

Kain organza sering digunakan sebagai lapisan tengah untuk pakaian perkahwinan. Kain ini juga adalah sejenis kain yang jarang. Kain organza bukanlah sejenis kain yang elastik dan mungkin tidak sesuai memperagakan kecantikkan pengantin yang bersaiz besar.

 

Kain Satin

Kain satin

Kain satin adalah kain kilauan yang tinggi didepan dan dibelakang kain yang berwarna kusam. Ia kebiasaanya sangat selesa dan sesuai dengan pengantin bersaiz besar. Apabila membeli pakaian satin, pengantin haruslah ingat bahawa jumlah elastik dalam kain boleh berbeza dengan ketara dari pakaian ke pakaian.

 

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s