Teknik Eyeliner Anda Mungkin Ingin Tahu

Teknik Eyeliner Mungkin Anda Ingin TahuTerdapat beberapa perkara setiap wanita harus tahu seperti bagaimana untuk memakai selendang yang terkini, apakah krim bb yang terbaru, dan juga bagaimana untuk solek mata seperti ‘cat eye’. Jika anda berasa seperti solekan mata anda adalah sama setiap hari dan ingin nampak berbeza pada hari perkahwinan anda, maka anda boleh rujuk panduan dibawah bagaimana mempelajari teknik eyeliner yang berbeza.

Solekan Klasik

classic eyeliner

Solekan klasik kebiasaanya dipakai pada waktu siang. Solekan klasik adalah solekan dimana garis nipis memberi penekanan yang cukup pada atas mata tanpa garisan yang keterlaluan. Untuk membuat solekan klasik, anda perlukan pensil mata berwarna coklat gelap atau hitam. Cara untuk melakukanya, anda perlu lukis dari sudut dalam ke tepi luar pada atas mata dan pastikan hanya garisan nipis.

Solekan ‘Cat eye’

cat eyeliner

Solekan cat eye kebiasaanya dipakai ketika anda ingin keluar bersama kawan-kawan anda. Jika anda memakai warna lipstik yang sederhana bersama jaket kulit, solekan cat eye sangat sesuai untuk dijadikan pilihan. Untuk membuat solekan cat eye, anda perlukan ‘liquid liner’ dan selotip. Cara untuk melakukanya, gunakan selotip untuk membuat panduan sudut di tepi mata, pastikan selotip diletak secara condong keatas. Gunakan liquid liner dengan menarik cecair dari sudut dalam ke luar dan diatas selotip.

Solekan Putih

white eyeliner

Solekan berwarna putih kebiasaanya dipakai ketika malam. Solekan ini adalah untuk menjadikan mata anda kelihatan lebih besar dan menarik. Untuk membuat solekan berwarna  putih, anda perlukan krayon mata berwarna putih. Cara untuk melakukanya, anda perlukan usaha yang lebih untuk membuat garisan di tengah-tengah bulu mata, kerana bagi mengelakkan tiada sedikit terkena pada maskara.

Solekan ‘Smoky’

smokey eyeliner

Solekan smoky kebiasaanya sesuai dipakai dengan pakaian berwarna hitam. Solekan smoky merupakan solekan yang popular dalam kalangan wanita, kerana solekan ini boleh menyerlahkan kecantikannya yang tersendiri. Untuk melakukan solekan smoky, anda perlukan ‘eye shadow’ warna gelap dan berus ‘angle’. Cara untuk melakukanya, anda perlu basahkan berus mata angle dan celup pada eye shadow warna gelap dengan menarik di atas dan bawah bulu mata dan ratakan dengan jari anda.

Solekan ‘Metallic’

metallic eye

Solekan metallic kebiasaanya dipakai ketika untuk ke majlis makan malam. Solekan ini adalah lebih santai tetapi sangat cantik dan seksi. Untuk melakukan solekan metallic, anda perlukan pensil mata berwarna emas, perak atau gangsa. Cara untuk pakai, anda perlu lukiskan garis bawah mata dari dalam ke luar dengan melukisnya secara nipis.

Solekan Berlapis

layered eyeliner1

Solekan berlapis kebiasaanya sesuai untuk majlis perkahwinan. Solekan ini dapat menarik perhatian orang ramai, kerana dengan menambah warna metallic dapat manaikkan suasana glam. Untuk lakukan solekan berlapis, anda perlukan ‘liquid liner’ berwarna hitam dan warna metallic emas. Cara untuk pakai, gunakan kembali teknik cat eye, tetapi dengan menggunakan secara dua kali iaitu menggunakan warna hitam dahulu kemudian menggunakan warna metallic emas di atasnya.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s