Perkara Anda Perlu Tahu Untuk Mencari Baju Pengantin Part 4

Perkara anda perlu tahu untuk membeli baju pengantin part 4

Proses mencari baju impian anda boleh memberi tekanan kepada diri anda, kerana anda kemungkinan akan mencuba atau memiliki sesuatu baju yang mahal dalam hidup anda. Maka, proses itu akan menjadi rumit dan mengerikan. Selain itu, dengan semua mata yang akan melihat anda, apatah lagi foto akan menjadi kenangan selama-lamanya, sudah tentu anda mahu kelihatan sempurna pada majlis perkahwinan anda. Tetapi apakah makna sempurna bagi anda? adakah pakaian terbaik anda bermaksud pakaian yang membolehkan pergerakan yang cukup. Berikut adalah part 4 panduan utama untuk mencari pakaian impian anda.

 

Bergerak segera jika anda merasa tekanan

Jurujual tidak boleh memaksa anda untuk membuat apa-apa keputusan pada masa itu jika anda tidak pasti dengan keputusan anda. Ini kerana, untuk membeli baju pengantin anda tidak boleh membeli dengan emosi yang tidak stabil kerana memori untuk membeli baju pengantin seharusnya menjadi memori yang indah dan sempurna. Jadi jika anda memerlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan, maka bergeraklah dengan segera keluar dari butik.

 

Ada seorang profesional mengambil ukuran anda

Anda seharusnya meminta pertolongan kepada seseorang yang professional untuk mengukur badan anda, malah jika anda membuat tempahan melalui pesanan dalam online. Ini kerana, ini bukan masa untuk anda DIY, sebab jika anda terkurang seinci atas atau bawah ia akan merosakkan baju perkahwinan.

 

Tempah terlalu besar dan bukan terlalu kecil

Kebanyakkan baju pengantin boleh diubah jika baju yang ditempah terlalu besar dengan mengecilkan satu atau dua saiz. Tetapi jika baju pengantin anda terlalu kecil sehingga menyusahkan anda untuk zip, maka ia akan menyusahkan anda untuk mencari tukang jahit yang sanggup untuk mengubahnya.

 

Membuat fitting beberapa kali

Tiada baju pengantin yang anda cuba akan menjadi selesa pada kali pertama. Anda perlukan beberapa kali fitting baju untuk mencari baju pengantin impian anda. Ini kerana, untuk memastikan tiada ketidak selesaan pada sepanjang hari perkahwinan anda. Maka, anda perlu mencubanya dan memastikan anda boleh bergerak bagaimana yang anda mahu.

 

Pastikan anda menyukainya sebelum anda membeli

Anda perlu memastikan seratus peratus yang anda menyukai baju perkahwinan yang anda tempah sebelum mengatakan ‘ya’ yang anda akan membeli. Ini kerana, jika anda sudah membuat keputusan, anda kemungkinan besar akan kehilangan semua wang anda jika anda ingin membatalkan ia. Maka, anda dinasihatkan untuk membuat keputusan yang pasti sebelum membeli.

 

Memilih tukang jahit yang anda percayai

Membuat rekaan, memotong atau menjahit baju perkahwinan adalah lebih mahal kerana mereka dicipta khas hanya untuk anda. Berbeza dengan memilih baju perkahwinan yang tersedia ada di rak dimana harganya lebih rendah, jadi jika anda merancang untuk membuat baju perkahwinan sendiri anda disarankan untuk menghabiskan wang anda kepada tukang jahit yang bagus dan yang anda percayai.

 

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s