Etika Untuk Menempah Atau Membeli Baju Perkahwinan

Etika Untuk Membeli Baju Perkahwinan

Anda sudah tahu jika ingin mencari dan menempah baju perkahwinan, anda perlu ada senarai atau mempunyai tempat yang anda ingin pergi. Tetapi bagaimana pula dengan apa yang anda perlu lalukan selepas anda mempunyai target butik yang anda ingin pergi? Terdapat beberapa perkara penting tentang etika membeli atau menempah pakaian setiap pengantin perlu tahu.

Buat temujanji

Kebanyakkan butik kecil, mempunyai bilangan yang terhad pada bilik persalinan dan dengan ditempah mingguan. Maka, ia perlukan anda untuk membuat temujanji dahulu sebelum pergi ke butik. Selain itu, anda juga harus menghormati peraturan-peraturan butik semasa anda dengan rombongan berada di butik kegemaran anda.

Hormati bakal pengantin yang lain

Ingat bahawa bukan anda sahaja yang akan menempah atau membeli baju pengantin pada majlis perkahwinan anda, tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengganggu pengalaman orang lain. Ini adalah penting  terutamanya apabila anda tidak suka baju pengantin yang anda cuba atau pakai ketika itu. Maka, anda harus jujur dengan perunding anda bukan dengan merosakkan pakaian itu. Ini kerana, mungkin anda tidak tahu jika pakaian yang anda pakai itu akan menjadi pakaian impian gadis yang lain.

Pakai solekan yang nipis

Pakaian pengantin di butik pengantin kebiasaanya mempunyai hanya satu sampel setiap satu, jadi mereka tidak dapat mencuci dengan cepat jika ada apa-apa kotoran yang melekat pada pakaian pengantin itu. Maka, anda dinasihatkan untuk memakai solekan yang nipis lagi-lagi memakai gincu yang nipis agar pakaian itu akan terjamin masih cantik untuk bakal pengantin yang akan datang.

Peka tentang masa

Kebiasaannya anda melihat di realiti TV menunjukkan ia kelihatan seperti pengantin perempuan mempunyai masa yang lama untuk mencuba berpuluh-puluh pakaian pengantin dirak, tetapi pada hakikatnya anda hanya ada beberapa jam sahaja. Walaupun anda mungkin dapat meluangkan masa yang lama, tetapi anda perlu ingat bahawa terdapat pengantin yang lain di dalam bilik menunggu, dan jadual butik perlu mengikutinya. Jika anda fikir anda perlu lebih banyak masa untuk memikirkannya, maka anda perlulah membuat temujanji kali kedua dan kembali untuk mencuba pakaian pilihan anda.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s