Tips Membantu Anda Memilih Butik Kahwin Sempurna

Tips membantu anda memilih butik pengantin sempurna

Anda mungkin teruja untuk melancarkan pemburuan untuk mencari baju perkahwinan anda, maka anda perlu pendekatan untuk menempah atau membeli pakaian anda dengan teliti. Jika anda melakukan dengan cara yang salah, anda mungkin akan membelanjakan lebih dari sepatutnya. Jadi anda perlu tahu bagaimana untuk memulakan pengembaraan membeli baju perkahwinan, maka mari ikuti tips dibawah.

Melakukan penyelidikan dan mengetahui apa diskaun

Membuat penyelidikan dengan mengetahui jika mereka perlukan temujanji atau mereka mempunyai waktu terhad. Selain itu, tanya jika mereka mempunyai perkhidmatan pengubahan, ia kerana lebih baik anda mengetahuinya dahulu agar kemudian jika anda ingin mengubahnya ia anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari tukang jahit yang lain.

Jarak butik pengantin

Anda perlu mempertimbangkan jarak butik pengantin pilihan anda, ini kerana ia dapat membantu anda mengurangkan kos jika anda perlu berulang kali ke butik pengantin. Maka, cari dan pertimbangkan butik yang berdekatan dahulu sebelum membuat pilihan mencari butik yang jauh.

Penyelidikan butik pengantin yang anda pertimbangkan

Tanya rakan-rakan anda dimana mereka menempah atau membeli baju perkahwinan mereka, dan bagaimana pengalaman mereka. Anda mungkin suka pakaian mereka, tetapi mungkin mereka mempunyai pengalaman mengerikan semasa menempah dan membelinya. Maka, anda perlulah membuat penyelidakan dahulu dengan teliti sebelum membuat apa-apa keputusan muktamat.

Mengetahui sama ada mereka izinkan untuk mengambil gambar baju perkahwinan

Beberapa butik adalah sangat ketat tentang perkara mengambil gambar ketika anda mencuba pakaian pada butik mereka, ini kerana mereka tahu anda mempunyai pilihan lain. Anda cenderung untuk pergi tempat lain jika anda menyelidik secara meluas untuk mencari baju perkahwinan. Tetapi, anda mempunyai hak untuk memilih baju perkahwinan anda, maka anda perlulah pastikan dengan mengetahui apa peraturan butik pilihan anda dengan lebih awal.

Ketahui saiz baju perkahwinan yang butik anda sediakan

Banyak butik hanya menyediakan saiz standard, jadi jika anda seorang yang kecil atau besar anda seharusnya bertanya dahulu sebelum membuat temujanji dengan butik pengantin itu. Ini kerana, bagi mengelakkan anda membuang masa.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s