Cara Untuk Memilih Tukang Jahit Yang Tepat Untuk Baju Perkahwinan

tanda-tanda anda memilih tailor yang betul untuk baju perkahwinan

Adakah anda pernah mendegar dari pengalaman orang lain bahawa untuk mencari atau menempah seseorang untuk memotong, menjahit atau membaiki baju pengantin boleh membuatkan anda resah gelisah tidak menentu sehingga anda melihat ia terhasil dengan elok di depan mata anda. Memilih tukang jahit anda adalah sama pentingnya dengan memilih pakaian anda. Oleh itu, jom anda lihat tanda-tanda bagaimana untuk memilih tukang jahit yang tepat untuk baju pengantin anda.

 

Kerap ambil tempahan baju perkahwinan

Anda seharusnya memilih tukang jahit yang kerap bekerja membuat pakaian perkahwinan. Selain itu, dia juga ada perniagaan sendiri yang juga boleh membaiki baju pengantin. Anda dinasihatkan untuk tidak menempah baju perkahwinan anda kepada tukang jahit yang tiada pengalaman untuk membuat baju pengantin, ini kerana untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Beliau pakar menjahit atau mengubah baju pengantin pilihan anda

Lebih baik lagi, jika anda menempah pada tukang jahit yang pakar tentang baju perkahwinan pilihan anda. Ini kerana, setiap pereka mempunyai style masing-masing untuk membuat baju perkahwinan. Maka, anda dinasihatkan untuk bekerja dengan profesional yang biasa dengan seni bina pakaian khusus anda bagi untuk mengelakkan kesilapan.

 

Kedai pengantin yang mengesyorkan anda 

Pilih tukang jahit yang disyorkan oleh butik pengantin, ini kerana butik pengantin kebiasaanya akan memilih tukang jahit yang bagus kerana mereka ingin menjaga kepuasaan hati pelanggan mereka, jika sesuatu berlaku mereka juga akan menanggung malu.

 

Beliau boleh berkomunikasi dengan anda

Anda perlu memilih tukang jahit yang boleh berkomunikasi dengan anda, ini kerana tukang jahit yang baik akan memberitahu anda apa yang dia perlu daripada anda untuk membuat baju pengantin anda. Dimana dia akan bertanya apa yang anda inginkan untuk baju perkahwinan anda. Selain itu, dia juga akan memberi tips untuk memilih kasut yang betul dan sesuai dengan baju pengantin anda.

 

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s