Pantang Larang Buat Pengantin Sebelum Hari Pernikahan

pantang-larang-buat-pengantin-sebelum-hari-pernikahan

Anda mungkin tertanya-tanya samaada perlu ke pantang larang ini dilakukan oleh bakal pengantin. Pantang larang ini sebenarnya tidaklah wajib untuk dilaksanakan dan janganlah sampai anda terlalu taksub dengan isi kandungan pantang larang sehingga boleh menyebabkan ianya menjadi khurafat. Anda perlu menghayati setiap isi yang cuba disampaikan dalam pantang larang tersebut. Sekiranya anda merasakan ianya bersesuai, anda bolehlah ikut nasihat tersebut dan seandainya anda merasakan ianya tidak bersesuaian abaikan sahaja pantang larang tersebut. Pantang larang ini adalah nasihat dan peringatan dari orang tua-tua yang pastinya ada hikmah dan kebenarannya.

  1. Mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari. Ini bertujuan untuk mengelakkan kantung di mata anda dan memastikan badan tidak lesu jika tidak cukup tidur.
  2. Elakkan makan ulam seperti petai atau jering dan juga buah yang berbau seperti durian pada malam sebelum akad nikah.
  3. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin untuk mengelakkan perut buncit.
  4. Bagi anda yang banyak angin, munumlah air halia untuk memudahkan pembuangan angin.
  5. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  6. Janganlah terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau perempuan untuk mengelakkan fitnah.
  7. Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk mengembalikan tenaga.
  8. Bagi bakal pengantin lelaki, amalkan makan telur ayam kampung seminggu dua kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. Bagi anda yang inginkan ayam kampung dan telur ayam kampung yang berkualiti, bolehlah melihat page ayamkampung.com.my
  9. Mempelajari ilmu rumah tangga dengan orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna.
  10. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.
  11. Jagalah amalan, solat dan hubungan dengan Allah. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s