Persediaan Sebelum Kahwin

persediaan-sebelum-kahwin

Jika anda bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini, anda pasti sedang sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Anda perlu memastikan segala persiapan sebelum kahwin sempurna dan berjalan lancar. Antara persediaan yang anda perlu lakukan ialah:

Pilih tarikh 

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perkara utama yang perlu difikirkan ialah tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Kebanyakkan pasangan akan memilih tarikh yang senang untuk diingati tetapi mereka sering melupakan tentang perayaan yang hampir dengan tarikh perkahwinan mereka contohnya hari raya aidilfitri dan musim cuti sekolah. Pemilihan tarikh semasa musim perayaan akan menyebabkan berlaku peningkatan bajet kahwin kerana para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.

Kursus kahwin

Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana pasangan akan diajar dan fahami tanggungjawab sebagai suami isteri. Bagi pasangan yang hendak berkahwin tetapi belum mengambil kursus kahwin, mereka perlu mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum majlis berlangsung.

Menempah dewan, hotel, catering dan lain-lain 

Dewan merupakan perkara utama yang perlu ditempah selepas mendapat tarikh perkahwinan yang muktamad. Anda perlu menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu disambut di kawasan bandar untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal. Anda juga perlu mengetahui anggaran jumlah tetamu yang dijemput supaya pihak dewan dapat menguruskan majlis dengan lebih lancar.

Tempah juru nikah dan andaman

Bagi pasangan yang memerlukan khidmat juru nikah dan andaman, mereka perlu memberitahu juru nikah dan pihak andaman lebih awal supaya jadual mereka tidak bertindih dengan pasangan lain.

Tempah kad jemputan kahwin

Setelah tarikh dan tempat persandingan telah ditetapkan, anda perlu mencetak kad kahwin untuk diedarkan kepada tetamu. Pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan. Pastikan juga kad yang dibuat tidak terlalu mahal dan segala maklumat dapat dibaca.

Jalani ujian HIV

Ujian saringan HIV perlu dilakukan oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya pasangan itu pembawa HIV. Sekiranya pasangan tidak membuat ujian dan salah seorang pembawa HIV, dikhuatiri anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Pasangan boleh mendapatkan ujian ini di klinik kerajaan berdekatan.

Dokumen dan borang perkahwinan

Pasangan pengantin perlu mengisi borang-borang penting  dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi dan beberapa lagi borang lain bergantung kepada status diri pasangan.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s