Tips Memilih Mak Andam Perkahwinan

tips-memlih-mak-andam-perkahwinan

Memilih mak andam untuk hari perkahwinan amatlah penting agar solekan itu sesuai untuk wajah dan akan menampakan wajah anda lebih cantik berseri. Solekan yang tidak sesuai akan memberikan hasil yang tidak memberangsangkan pada wajah. Di sini kami ingin mengkongsikan beberapa tips memilih mak andam perkahwinan.

Membuat survey butik yang menawarkan perkhidmatan solekan

Senaraikan beberapa butik yang anda berkenan, kemudian anda bolehlah berkunjung ke butik tersebut untuk melihat hasil solekan yang telah dilakukan oleh mak andam. Anda juga dinasihatkan untuk membandingkan harga mak andam di setiap butik yang anda senaraikan.

Membuat tempahan awal

Anda perlu membuat perbandingan harga dan bertepatan dengan budget anda. Kemudian, buatlah tempahan awal dengan mak andam yang diingini sebelum orang lain mengambil tempahan daripada mak andam tersebut.

Mencuba solekan daripada mak andam

Ini untuk memastikan solekan yang dilakukan oleh mak andam sesuai untuk wajah anda dan anda akan nampak berseri-seri semasa majlis.

Memastikan mak andam tidak menerima tempahan lain pada hari pernikahan

Ini adalah untuk mengelakkan mak andam terkejar-kejar melakukan solekan terhadap anda. Akibatnya, hasil solekan pada wajah anda akan menjadi tidak berapa teliti dan kurang memuaskan.

Melakukan perbincangan dengan mak andam

Berbincanglah dengan mak andam terlebih dahulu tentang perkara yang anda setuju dan tidak setuju semasa proses solekan. Perkara ini memberi kemudahan kepada mak andam untuk melakukan solekan dan hasil solekan juga pasti berkualiti.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s