Tips Menyimpan Duit Untuk Berkahwin

tips-menyimpan-duit-untuk-berkahwin

Pada zaman yang semakin moden ini, penggeluaran duit untuk sesuatu barang amatlah tinggi. Perkara ini menjadi perkara utama yang sering dibimbangkan oleh pasangan yang ingin berkahwin. Ramai yang mengeluh tidak mempunyai wang yang cukup  untuk berkahwin apabila ditanya bila hendak mendirikan rumah tangga. Pada hari ini, kami ingin mengkongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan untuk mendirikan rumah tangga.

Rancang dari awal

Bagi anda yang sudah mempunyai calon pasangan hidup, anda haruslah mula untuk belajar mencatat pengaliran kewangan keluar masuk dalam satu buku nota. Ini memberi kemudahan untuk anda merancang perbelanjaan harian. Bincang bersama pasangan tentang majlis perkahwinan yang akan dijalankan dan mengira budget yang diperlukan. Anda juga perlu membuat survey tempahan seperti pelamin, baju pengantin, mak andam, catering, kad jemputan dan doorgift. Anda senaraikan harga survey yang telah anda buat dan membuat perbandingan yang mana lebih murah.

Mula menabung

Jika anda seorang yang malas untuk menabung, belilah tabung yang comel-comel dan letakkan kata-kata yang dapat memberi semangat untuk anda menabung. Anda boleh mulakan menabung seringgit sehari ataupun lebih. Jangan pernah skip sehari untuk menabung. Lama-kelamaan wang anda semakin bertambah dan boleh digunakan untuk majlis perkahwinan anda. Anda perlu menabung bersungguh-sungguh  dan jangan ambil wang tabungan anda untuk benda lain.

Kurangkan belanja bulanan

Banyak perubahan yang akan berlaku apabila anda cuba untuk kurangkan perbelanjaan bulanan. Mungkin sebelum ini anda sering makan di luar yang harga bagi setiap makanan mencecah RM6-RM10 untuk sekali makan. Kalau tengahari dan malam mungkin wang yang akan digunkan RM12-RM20 sehari. Anda boleh mengubah rutin harian anda ini dengan membawa bekal ke pejabat dan masak di rumah. Selain itu, anda juga boleh menaiki pengangkutan awam ataupun menumpang rakan sepejabat yang lain untuk pergi kerja. Wang yang dikeluarkan lebih sedikit berbanding anda menaiki kereta seorang diri. Anda juga perlu membuat senarai barang-barang keperluan yang akan dibeli dan barang yang rasa tidak berapa penting, anda perlu tahan untuk tidak membelinya.

Membuat kerja sambilan

Anda boleh melakukan kerja sambilan untuk menambahkan lagi kewangan anda sekiranya anda tidak mampu menabung kerana gaji yang diterima hanya cukup-cukup makan sahaja. Anda perlu mengorbankan masa anda untuk menyimpan duit. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Banyak kerja sambilan yang boleh dilakukan seperti bekerja sebelah malam, buat online bisnes, membuat kuih dan banyak lagi. Terdapat banyak kerja sampingan yang boleh anda lakukan jika anda rajin berusaha.

Banyakkan berpuasa

Terdapat banyak manfaat yang boleh kita perolehi apabila kita berpuasa. Dengan berpuasa, ianya dapat membantu diri menahan nafsu daripada beli benda-benda yang tidak berapa penting. Puasa juga dapat menjimatkan kos untuk makan.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s