Panduan Kurangkan Bajet Perkahwinan

panduan-kurangkan-bajet-perkahwinan

Pastinya semua pengantin inginkan majlis yang meriah dan kelihatan mewah tanpa menggunakan wang yang banyak. Janganlah anda membuat pinjaman hanya semata-mata untuk majlis yang mewah. Kehidupan selepas kahwin akan memerlukan wang yang lebih banyak dan jangan habiskan wang anda hanya untuk membayar pinjaman sahaja. Di sini kami ingin kongsikan panduan kurangkan bajet perkahwinan. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda.

Mengetahui jumlah tetamu

Buat senarai tetamu yang ingin dijemput dan mengira jumlah tetamu. Selepas mengetahui jumlah tetamu, anda dapat membuat anggaran makanan, kad kahwin, cenderamata. Penentuan bilangan tetamu ini amat penting agar ianya tidak menyebabkan kerugian dan pembaziran pada makanan sekiranya jumlah tetamu yang hadir kurang daripada anggaran yang telah ditetapkan.

Memilih lokasi perkahwinan

Anda tidak perlulah membuat majlis secara besar-besaran di hotel lima bintang sekiranya bajet anda hanyalah sederhana sahaja. Jangan inginkan pujian daripada orang betapa mewahnya majlis anda sehinggakan anda terpaksa berhutang. Anda perlu membuat perbandingan harga setiap lokasi yang anda inginkan dan memilih yang murah dan berkualiti. Rumah anda juga boleh dijadikan lokasi majlis perkahwinan anda dan ini akan lebih menjimatkan kewangan anda. Anda boleh menempah katering ataupun rewang sahaja terpulang kepada anda. Jika anda ingin menyenangkan ahli keluarga anda boleh pilih katering dan jika anda lebih gemar gotong-royong antara ahli keluarga dan jiran tetangga,rewang adalah cara terbaik.

Membuat sendiri pelamin

Jika anda inginkan pelamin yang cantik dan indah tetapi inginkan bajet yang rendah,anda boleh untuk membuat sendiri pelamin persandingan anda. Sekarang ini terdapat banyak pelamin DIY yang boleh memberi ilham kepada anda untuk membuat dan menghias pelamin anda. Keperluan utama untuk membuat pelamin DIY ialah palet kayu, kerusi pegantin dan langsir. Anda boleh menghias pelamin mengikut kreativiti anda dan anda juga boleh melawat pelaminkahwin.com untuk melihat barang-barang DIY yang lain. Membuat pelamin sendiri akan mengurangkan kos anda dan barang-barang yang digunakan membuat pelamin boleh anda gunakan semula untuk kediaman anda nanti dan anda juga boleh membuat sewaan kepada orang lain. Cara ini dapat menambahkan kewangan anda.

Menyewa baju pegantin

Anda disarankan untuk menyewa sahaja baju pengantin kerana kos menempah pakaian yang baru lagi mahal berbanding menyewa baju pengantin. Seandainya ada ahli keluarga yang mahir menjahit baju pegantin, anda boleh meminta tolong dan menempah kepada mereka sahaja. Mungkin kos tempahan itu lebih murah jika ditempah dengan orang luar.

Dulang hantaran

Elakkan berbalas dulang hantaran dengan jumlah yang tinggi kerana semakin tinggi dulang hantaran,semakin tinggilah kos yang akan dikeluarkan untuk barang hantaran. Selain itu,pilihlah barang hantaran yang memberi manfaat kepada kedua belah pihak. Beli barang yang boleh digunakan selepas kahwin nanti. Jangan hanya memilih barang yang mahal dan cantik sahaja.

Buat tempahan semasa promosi

Sewaktu promosi perkhidmatan perkahwinan, anda berpeluang untuk mendapatkan harga yang lebih murah untuk tempahan seperti katering, fotografi, kad jemputan dan baju pengantin. Anda juga dinasihatkan agar tidak memilih tarikh perkahwinan ketika musim cuti persekolahan kerana harga perkhidmatan perkahwinan lebih tinggi.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s