Tips Memilih Katering Perkahwinan

tips-memilih-katering-perkahwinan

Walimatul urus diadakan untuk meraikan pasangan pengantin yang baru dinikahkan. Hukum mengadakan walimatul urus tidaklah wajib ianya sunat muakkad. Dengan adanya walimatul urus, pastinya ada hidangan makanan untuk disediakan kepada tetamu. Jika anda lebih memilih perkhidmatan katering berbanding gotong-royong, anda perlu pandai untuk memilih perkhidmatan katering. Makanan merupakan perkara yang penting sewaktu majlis resepsi dan pemilihan katering yang bagus akan membolehkan majlis dapat dijalankan dengan sempurna. Di sini kami ada kongsikan beberapa tips memilih katering perkahwinan. Diharapkan tips memilih katering perkahwinan ini dapat membantu anda serba sedikit.

Membuat survey katering dan lihat bajet anda

Setiap katering mempunyai harga yang berbeza-beza untuk setiap menu hidangan yang dipilih. Sebelum anda melakukan tempahan makanan, anda perlu senaraikan menu hidangan untuk majlis resepsi anda nanti. Lakukan penawaran harga yang disediakan oleh pihak katering agar dapat lebih murah. Anda juga dinasihatkan untuk bertanya kepada sahabat yang pernah mendapatkan perhidmatan katering tersebut supaya anda tidak akan tertipu. Anda juga boleh melihat komen pelanggan di laman sosial berkenaan perkhidmatan katering. Pilihan pakej katering yang murah kadangkala akan menghasilkan kualiti atau perkhidmatan yang tidak berapa memuaskan. Tidak semua katering sebegitu, anda perlu selidik terlebih dahulu.

Merasa makanan sebelum menempah perkhidmatan katering 

Ini adalah tips memilih perkhidmatan perkahwinan yang penting iaitu anda haruslah mencuba rasa masakan yang anda pilih supaya anda dapat mengetahui sama ada rasa tersebut sedap ataupun tidak. Anda boleh mencuba rasa masakan katering yang anda survey semasa mereka mengadakan majlis untuk pelanggan yang lain. Selain itu, anda juga diingatkan supaya tidak melakukan apa-apa pembayaran sebelum berasa puas hati terhadap hidangan yang anda cuba.

Pilihan menu

Tetamu yang hadir di majlis anda nanti mesti terdiri daripada pelbagai linkungan umur. Jadi anda perlu pikirkan menu yang sesuai untuk semua lapisan. Menu yang anda pilih seharusnya seimbang sebab kemungkinan ada tetamu yang veteran. Di samping itu juga, anda boleh minta pihak katering untuk menyediakan nasi putih di samping nasi minyak atau nasi beriyani. Hal ini adalah kerana kemungkinan ada di antara tetamu yang ada alahan terhadap nasi minyak atau nasi beriyani.

Mengetahui jumlah pramusaji

Jumlah pramusaji amat penting untuk anda tahu kerana dikhuatiri tetamu anda seramai 1000 orang dan pramusaji hanya ada dalam 5 orang sahaja.  Jumlah pramusaji yang sedikit untuk tetamu yang ramai akan menyebabkan majlis anda mungkin sedikit kelam kabut. Kemungkinan para tetamu terpaksa makan di meja yang ada pinggan mangkuk yang telah kotor dan dipenuhi sisa makanan. Jadi, anda perlu berbincang dengan pihak pengurusan katering jumlah yang sesuai untuk dengan jumlah tetamu yang telah anda jemput.

Makanan tambahan

Kadang kala, jumlah tetamu yang hadir melebihi jumlah tetamu yang dianggarkan. Oleh dengan itu, berbincanglah dengan pengurusan katering agar menyediakan makanan tambahan. Anda pastinya tidak ingin ahli keluarga anda kelam kabut dan tetamu anda pulang ke rumah dengan perut kosong.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: Google

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s