Tips Untuk Cantik Sebelum Perkahwinan

tips-untuk-cantik-sebelum-kahwin

Hari pernikahan merupakan hari yang paling dinantikan oleh setiap pengantin. Setiap pasangan pengantin mesti mahu kelihatan cantik semasa majlis berlangsung. Pelbagai persediaan boleh dilakukan oleh pasangan pengantin untuk kelihatan cantik semasa majlis berlangsung. Di sini kami kongsikan beberapa persediaan atau tips untuk kelihatan cantik yang boleh dilakukan oleh pasangan pengantin.

Stick to one!

Jangan tukar set penjagaan kulit di saat majlis perkahwinan anda semakin hampir. Hal ini kerana perubahan produk baru memerlukan masa untuk disesuaikan dengan kulit muka anda dan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang akan mengambil masa untuk dirawat seperti reaksi alahan dan kulit kering. Seeloknya, anda dapatkan nasihat daripada doktor peribadi mengenai permasalahan kulit sekali gus memastikan kulit anda lebih berseri-seri di hari persandingan nanti.

Berjaga malam

Elakkan berjaga malam kerana kekurangan tidur bakal memberi kesan kepada sistem imunisasi anda. Rehat yang cukup boleh memperbaiki pelbagai masalah seperti kompleksi kulit, lingkaran bengkak sekitar mata serta ketenangan dan kesegaran minda.

Elakkan kafein berlebihan

Kafein adalah perangsang terutamanya buat sistem saraf. Sebagai bakal pengantin, anda pasti mempunyai banyak perkara untuk difikirkan dan dibimbangkan. Tahukah anda, kafein memberi kesan kepada kecantikan anda di hari bahagia kerana ia boleh menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata. Hal ini kerana minuman berkafein mengandungi gula tambahan yang berlebihan. Oleh itu, anda perlulah pandai mengawal pengambilan kafein anda.

Kekalkan rutin senaman yang sedia ada

Elakkan menukar gaya senaman yang baru di saat majlis perkahwinan semakin hampir. Hal ini kerana pelbagai kemalangan boleh berlaku semasa anda melakukan senaman seperti kekejangan otot atau terseliuh kaki. Kekejangan otot biasanya boleh mengambil masa berminggu untuk sembuh dan anda pastinya tidak mahu naik dan turun pelamin dalam keadaan sakit dan terhinjut-hinjut. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, pastikan anda melakukan program kecergasan sebelum anda menempah busana.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Photo credits: from google.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s