Bahan-bahan Untuk Hilangkan Blackhead dan Whitehead

bahan-bahan-untuk-hilangkan-blackhead-whitehead.jpg

Adakah anda stress bila terdapat banyak blackhead dan whitehead pada area hidung anda? Majlis perkahwinan anda akan berlangsung tidak lama lagi dan macam mana cara nak hilangkan masalah ini. Jangan risau, artikel kali ini saya akan berkongsikan tentang bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menghilangkan whitehead dan blackhead kepada anda dan juga bakal pengantin di luar sana.

1. Soda Bikarbonat

Cara-caranya ialah dengan mencampurkan dua sudu soda bikarbonat dengan air. Kemudian, tepekkan campuran itu di kawasan muka yang mempunyai blackhead dan whitehead untuk beberapa minit. Amalkannya sekali atau dua kali seminggu sehinggalah anda berpuas hati dengan hasilnya.

2. Lemon

Khasiat lemon adalah untuk mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta ianya dapat membantu mencerahkan wajah. Potong sebijik lemon kepada dua bahagian. Kemudian, ambil sebahagian lemon dan perahkan dalam mangkuk. Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon tersebut. Selepas itu, sapukan campuran jus lemon dengan madu pada muka selama 10-15 minit. Lakukan pada setiap hari dan anda pasti akan merasa seronok dengan hasilnya nanti.

3. Putih Telur

Pukul putih telur dan sapukan pada muka menggunakan berus ataupun jari. Biarkan ianya kering kemudian baru bilas muka anda. Untuk kesan yang lebih efektif, anda juga boleh meletakkan tisu pada muka untuk melindungi putih telur di muka anda. Lakukannya dua kali seminggu. Putih telur ini dapat mengurangkan blackhead,whitehead,mengurangkan kulit yang berminyak serta dapat mengecutkan liang di muka yang terbuka.

4. Yogurt

Selain itu, penggunaan yogurt pada muka dapat menghilangkan minyak yang berlebihan di muka, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedutan di muka. Caranya ialah dengan menyapu yogurt di muka selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air yang bersih. Lakukannya sekerap yang mungkin untuk hasil yang memberangsangkan.

5. Timun

Bakal pengantin juga boleh menggunakan ekstrak jus timun untuk menaikkan lagi seri wajah dan ianya turut membantu mengecutkan liang yang terbuka pada muka. Anda rendamkan kapas pada jus timun kemudian ratakan jus di muka anda selama 15-20 minit. Lakukan setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

6. Ubat Gigi

Anda juga boleh meletakkan ubat gigi di kawasan yang ada blackhead dan whitehead. Letakkan ubat gigi di jari anda kemudian sapukan pada kawasan yang bermasalah itu. Gosok untuk beberapa minit dan bilas dengan air. Lakukan 3 kali dalam seminggu.

Advertisements