Etika Menghadiri Undangan Perkahwinan

Etika-Menghadiri-Undangan-Perkahwinan.jpg

Apabila anda menerima undangan untuk ke majlis perkahwinan, pastinya bermain di fikiran anda baju yang sesuai untuk dipakai ketika majlis tersebut. Lagi-lagi jika sahabat baik anda atau ahli keluarga anda yang bakal berkahwin, anda mesti sudah merancang pemilihan baju beberapa bulan lebih awal dari tarikh majlis perkahwinan. Untuk menghadiri majlis perkahwinan, ianya turut ada beberapa etika yang perlu anda ketahui.

  • apabila anda ingin berangkat pulang,jumpalah dengan keluarga pengantin terlebih dahulu dan bersalaman. Ucapkanlah terima kasih kerana telah menjemput anda¬†menghadiri majlis perkahwinan anak mereka.
  • anda perlulah memakai baju yang sesuai apabila menghadiri sesuatu majlis perkahwinan. Bagi lelaki, pakailah baju traditional ataupun kemeja atau tshirt yang berkolar di samping seluar slack. Janganlah anda memakai tshirt tanpa kolar kerana ianya nampak kurang sesuai untuk menghadiri majlis perkahwinan. Untuk kaum wanita pula, anda juga harulah memakai baju yang sopan kerana majlis tersebut dihadiri oleh ramai tetamu dari pelbagai peringkat umur.
  • ketika anda sampai di majlis perkahwinan, bersalam lah dengan orang yang berada di bahagian pintu masuk dan memperkenalkan diri anda. Kebiasaannya orang yang berada di pintu masuk adalah ahli keluarga pengantin.
  • sekalipun anda sedang lapar, anda haruslah beratur dan sabar ketika mengambil makanan untuk menghormati tetamu lain yang sedang mengambil makanan.
  • elakkan ketawa terbahak-bahak bersama dengan rakan atau ahli keluarga yang lain. Hormati juga tetamu-tetamu lain yang hadir.
  • anda juga dinasihatkan agar tidak memakai warna baju yang sama seperti pengantin. Pakailah mengikut warna tema bagi majlis perkahwinan tersebut.
  • untuk wanita, janganlah berhias sampai orang lain tidak dapat membezakan antara pengantin dengan tetamu.

 

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

logo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s